Tuesday, July 15, 2014

ceritera mereka

Assalammualaikum..
hari ini aku mendengar banyak cerita.. tanpa sedar aku turut bersuara, terkadang itu aku mendengar sahaja. Manusia saling berkongsi satu dunia namun memiliki kisah tersendiri dalam hidup mereka. Yang melihat merasa biasa namun bagi mereka istimewa. hmm, lain yang ingin dibualkan lain pula yang dikarang. Maaf-2.

Belakangan ini, semakin lama semakin banyak berita yang memaparkan kisah saudara seislam yang jauh di mata. Pelbagai rancangan di televisyen tidak kurang hebatnya. Kisah pertumpahan darah saudara di sana menjadi topik utama. Ah..! Titisan air jernih itu mulai memperlihat kewujudannya. Satu nafas berat dilepaskan apabila melihat dia berduka. Kisah yang menyayatkan hati ini menjadi bualan hangat masyarakat. Semoga tak putus doa dikirimkan buat mereka di sana. Terselit rasa syukur kerana masih ramai yang prihatin walaupun tidak berkongsi darah, tanah air mahupun agama. Ya, masih ada lagi nilai kemanusiaan. Aku yakin akan itu.

Bagai alat perakam suara, kata - kata sang pengacara asyik bermain di telinga, "Meraka tidak berharap rakyat kita ke sana namun mereka mahu kita berjihad di bumi Malaysia". Jelaslah masih banyak yang dapat kita hulurkan walaupun tak mampu menjejakkan kaki di tanah mereka. Mungkin ramai sudah maklum, tapi aku masih mahu mengingatkan. Doa itu senjata umat Islam. Duit juga turut memainkan peranan, namun bantuan sebegitu bukanlah pilihan bagi pelajar bagi aku. Mungkin ya pada suatu hari nanti, harapnya ketika itu tiada lagi permasalahan seperti ini. Semoga Allah mempermudahkkan semuanya.

Melihat mereka masih berani berjuang menaikkan semangat yang terkubur. "Apa yang merunsingkan dirimu ? Masih ramai yang jauh lebih susah namun mengapa kamu yang lemah ?" Kata hati yang sinis itu tidak mengguris perasaan namun menyedarkan dari lamunan. Betul kata dia, "Pain is temporary, but Quitting last forever" aku pasti perjuangan ini akan mebuahkan hasilnya juga. Walaupun bukan di sini, tapi akhiratkan masih ada ? Allah takkan mengecewakan hambanya.

Apa ? Tiada yang akan dapat menghentikan 'kalian' ? Ya, Betul.. Aku akui kamu telah menghancurkan dunia mereka. Tapi mereka telah menghancurkan akhirat kamu. Jangan angkuh jika berjaya walaupun tiada iman di hati. Ingatlah Allah sedang meninggikan tempat kamu untuk jatuh.

Situasi mereka sedikit sebanyak membantu aku. Mereka sendiri tak pernah mengalah jadi mengapa tidak aku ? sedangkan hidup aku dikurniakan nikmat yang lebih berbanding mereka. Suara mereka yang lantang menegakkan kebenaran dan tiada bunyi yang menunjukkan tanda ingin berudur menjadikan aku semakin hormat akan keperibadian mereka. Semoga semangat mereka turut membakar semangat masyakat yang diluar sana. Bersama melangkah biarpun berjuang mengikut gaya kita sendiri asalkan tidak putus memohon petunjuk-Nya.

Salam Ramadan, moga ramadan kali ini membawa perubahan yang membawa erti yang besar dalam hidup kita. Mari rebut peluang ini untuk sama-2 memperbaiki diri, sama-2 mengejar rahmat ilahi.

Ikhlas dari,
manusia yang tidak sempurna