Wednesday, November 6, 2013

MISTAKE

Assalammualaikum... kali ni nak kongsi satu mesej tentang mistake yang diambil dari satu movie orang putih yang pernah dan mungkin masih 'popular' kot kat Malaysia ni. Cerita apa ? Baca mesejnya dulu baru teka. Memandang ceritanya berbahasa inggeris aku pon nak jugak cuba ber'speaking walaupon english aku ni brokening into thousand pieces shards of glass. Cewahhhh.

The message is about how to make a right choice in our life based on experience.
Orang melayu kata belajar dari pengalaman. Dengar tu murid-murid sekalian  ye....
For me its about our pathway life..
How can we get on the road ? How to make sure ourselves get to the destination in just a good condition...? Well, don't ask me.  It depends on your own life and how you live your life , of course.
It's about mistake. And it's doesn't related to the kpop girls generation song, mistake, no no..... no...!

Remember when we were like 5 or 6, they asked us what we wanted to be when we grew up. Our answers were like Doctor,  Engineer, or in someone else's case, Princes. Not me, OF COURSE...! Or maybe not.. hee~

When were 10, they asked again.  We answer something cool such as actor, rockstar and such or maybe something hot like super model. *buat muka beruang kutub yang innocent* bukan cita-cita aku jugak....

But now that we've grown up, they want a serious answer. Well how bout this one, who the hell knows. This isn't the time to make hard and fast decision.  This is the time to make mistakes.  Take the wrong train and get stuck somewhere,....... a lot.

Clean your mind and change it again because nothing is permanent.  So, make as many mistakes as you can. That way,  someday when they ask what we wanna be, we won't have to guess.................................. we'll know.

Bagi aku, mesej ni tidak terlalu menekan sangat untuk suruh kita buat kesalahan but when we do, make sure we take a note and learn from it. Learn from mistake.
Yang  Ikhlas,
FatinAmirah

Wednesday, October 30, 2013

"Fatin, manusia tidak sempurna", kehidupan yang banyak ? dan =

Assalammualaikum

 ini tentang 'dia', kerana 'dia'..
Taufan ke'serius'an melanda..
Mukadimah* kisah ini tiada hubungan yang sah dan tiada kena mengena dengan monyet atau anak anjing yang bercinta (cinta monyet / love puppy) mahupun monyet yang bercinta dengan anak anjing (forbidden love) ataupun percintaa... ok stop ! Harap maklum ini adalah bukti kepada kesan negatif  kepada pelajar yang sedang menghadapi exam terutamanya yang baru menduduki paper fizik seperti saya sendiri.

Kembali senyum... eh serius..!
'Dia'....siapa 'dia' ? Well firstly, just know that 'dia' just someone or somebody that was part of my life. secondly, dia antara yang menjadikan aku penuh dengan persoalan dan dia antara yang memberikan aku banyak ilmu tentang jawapan kehidupan. So,..
lets start our story with "kisah ini bermula selepas pemergiannya".. What's the reason he left ? Entahlah.. kehendak sendiri atau terpaksa, salah satu dari penyataan itu. Lama lepas pemergiannya.. sesuatu berlaku akibat dari perbuatannya yang lalu. Cubaan menimpa.. Well, bukti kasih Allah terhadap hambanya. life can't get better if it doesn't get worse first, right?

Persoalan demi persoalan...
Mampukah cubaan ini diharungi ?
Kenapa dia berbuat bergitu ?
Apa yang akan berlaku jika pemergiannya tidak terjadi ?
Jika ya, apa yang terjadi pada hubungan kami ?
Bagaimana peribadi sebenar dirinya ?
Apa yang akan berlaku selepas ini ?
Pernahkah.. terdetik walaupun sedikit penyesalan tentang perbuatan itu selepas dia melakukannya ?
Acap kali soalan yang terakhir dipersoalkan...
Pasti kenyataan bahawa manusia itu tidak sempurna menjadi jawapan sementara. Menjadi pengubat hati seketika. Menjadi peneman setia si gadis...
Ada masanya, gadis ini bersyukur dengan kenyataan soalannya tidak terjawab..
Ada kalanya, sifat ingin tahu menguasai segalanya dan melukakan hatinya sendiri.
Tapi yang pasti gadis ini takut..
Takut menanti masa tibanya kebenaran yang menjadi jawapan untuknya.
Takut dengan kebenaran yang akan menyakitkan walaupun belum diketahui.
Namun, gadis itu tahu sama ada pemergiannya berlaku atau tidak ada buruk baiknya yang tersendiri.
P/S 'Dia' yang disebut tidak mempunyai hubungan dengan pelajar atau bekas pelajar seri mulia.

Sunday, May 26, 2013

PERUBAHAN "Adakah aku pasti ?"

Ada cerita mengenai aku. Ya, perubahan ini mungkin agak mengejutkan yang lain. Ke'risau'an mula terpancar di wajah bersihnya, takut perubahan ini tak istiqomah mungkin ? Ada yang mengadu,
"ada orang kata, awak berubah sebab terpengaruh dengan saya. Tapi, asalkan awak berubah kerana Allah tak apalah."
Biasalah, tingkah laku manusia memang sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat sekeliling. Aku tidak terkejut, perubahan ini terlalu drastik mungkin ? *bak kata dia, aku setuju sambil memujuk hati. Bohonglah kalau aku kata aku tidak terkesan dengan semua ini, kalau ditambah dengan hasutan syaitan.. Makin ragu - ragu iman yang sudah tersedia rapuh ini. Mungkin dia tak akan membaca luahan hati aku di sini tapi aku tetap ingin memberikan jawapan.. Kalau diri ini berubah kerana terpengaruh pun apa salahnya ? itu ertinya dakwahmu itu berkesan wahai sahabat. Kalau si dia masih di sini.. aku pasti akan ada yang mengatakan aku terpengaruh dengan si dia. Terkadang aku sendiri tidak tahu isi hati ini, tapi memang aku berharap perubahan ini hanya.. dan hanya untuk mendapat redanya.. Amin ya Allah..

Aku ini tidak sempurna, tak akan sempurna.. Aku masih jahil, sangat jahil..
Tapi aku tidak merasakan perubahan aku ini sesuatu yang salah. Namun bergitu aku setuju, "perubahan ini memerlukan ilmu". Kalau ditanya mengapa dan apa sebab berlakunya perubahan ini, cukup aku katakan yang aku ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya untuk aku menjadi hamba-Nya yang solehah. Mungkin juga kerana dakwah seseorang telah menyentuh hati ini. Siapa tahu..? wallahualam..
Aku masih merangkak, mencari keberkatan hidup. Masih berusaha untuk peroleh sinar penghijrahan ini.
Hanya satu pinta ku.. jika diri ini dirasakan betul bersalah, tadahkan tanganmu. Mohon agar dia memberikan aku hidayah. Moga Allah selalu memberikan aku pertunjuk, dan selalu memelihara hati yang hina ini. Insyallah, Amin..
Aasif ya jika aku tersalah dalam bertutur

Tulusly,
Hamba-Nya

Tuesday, May 14, 2013

sabarlah duhai hati, tabahlah duhai diri

sambil memandang keluar jendela. mengamati suasana yang semakin sepi.
mengingati dosa lama. mengingati kesalahan diri...
setelah sekian lama. memori yang sudah lama menghilang jauh kini menghantui..
semakin lama, hasutan.. hasutan demi hasutan bersingah di hati..
jiwa meronta, akal mula meragui keikhlasan diri..
"layakkah aku ?", bermain difikiran..
usah bermimpikan yang sempurna jika diri belum tentu yang terbaik kata hati yang terpengaruh..
terasa diri ini terlalu kecil dan kerdil...
Ya Allah, kuatkan imanku, tenguhkan akidahku...
peliharalah aku dari rasa takut ini. Aku tahu, satu saat kau akan memperlihatkan kebenarannya..
Tapi bantulah aku mempersiapkan diri supaya hati ini mampu menerima kebenaran itu.
Jadikanlah aku diantara hamba yang menerima pengampunan dan hidayahmu,
kerana terkadang itu,
mata ini melihat yang melalaikan...
telinga ini mendengar yang diragukan...
lidah ini meluah yang didustakan..
tubuh ini bertindak sebelum berfikir..
suara ini keluar lantang tanpa dikawal..
tangan ini menyentuh yang diharamkan..


Tulusly,
GadisKerdil

Sunday, May 12, 2013

Ceritera baharu

Assalammualaikum..
Sejujurnya, aku plan nak buang atau lupakan je blog ni. kesian blog :(
Ya know what ? menulis sebenarnya bukan bidang aku, jadi aku berfikir sejenak *one second. done!* yang aku cuma perlu berdakwah dengan cara lain. Tetapi, bila aku teliti balik kod holland aku... investigatif, artistik dan sosial, major aku dalam perkara yang melibatkan kajian tapi yang berseni... Patutlah aku tak berapa pandai berpuitis, kajian tiada hubung kait atau ikatan yang sah dengan menulis. *Ayat Alien Kau

Tiba - tiba teringat kembali ayat yang pernah terdetik di hati ini, "bagi aku setiap satu yang Allah ciptakan ada kaitannya yang tersendiri, tak kiralah yang tersurat mahupun yang tersirat". Jadi aku berfikir lagi buat masa yang sedikit lama. Ya, secara umum mungkin tak berkait tapi kalau digali betul - betul mesti related jugak, tak gitu ? *cakap dengan diri sendiri, Ooh sedih ! lagi pun aku boleh gunakan minat mengkaji aku untuk mendalami teknik menulis, then express my freak idea dekat laman sesawangku yang sudah lama bersawang ini. Thats totally makes sense ! cehh. Lepastu, anggap blog ni tempat berlatih untuk mahirkan teknik penulisan, practise makes perfect isn't it ? Hmmm.

Jadi terselamatlah blog ini dari di'ignore'kan olehku. Jujur, aku memang tak mahir dalam bidang penulisan. Khilafnya aku tak gunakan kemahiran aku untuk perbaiki kelemahan dalam bidang tu. Jadi aku cuba untuk menulis kembali, as a beginer. Tapi sebelum buka buku baru, catatan lama yang tak diperlukan aku kena lupuskan dulu. delete punya delete, post 'aurat' pun tak sengaja di delete kan. Oh tidak, malas nak buat balik. Tenung PC buat muka beruang nak terkam mangsa, nasib baik Encik PC tak nampak sedap.
FUH SELAMAT

Moga dapat isi info berguna dan input penting dalam Blog ni, Insyallah.
Ya Allah permudahkanlah usahaku untuk berbakti menegakkan agamamu. Amin
Tulusly,
FatinAmirah