"ada orang kata, awak berubah sebab terpengaruh dengan saya. Tapi, asalkan awak berubah kerana Allah tak apalah."
Biasalah, tingkah laku manusia memang sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat sekeliling. Aku tidak terkejut, perubahan ini terlalu drastik mungkin ? *bak kata dia, aku setuju sambil memujuk hati. Bohonglah kalau aku kata aku tidak terkesan dengan semua ini, kalau ditambah dengan hasutan syaitan.. Makin ragu - ragu iman yang sudah tersedia rapuh ini. Mungkin dia tak akan membaca luahan hati aku di sini tapi aku tetap ingin memberikan jawapan.. Kalau diri ini berubah kerana terpengaruh pun apa salahnya ? itu ertinya dakwahmu itu berkesan wahai sahabat. Kalau si dia masih di sini.. aku pasti akan ada yang mengatakan aku terpengaruh dengan si dia. Terkadang aku sendiri tidak tahu isi hati ini, tapi memang aku berharap perubahan ini hanya.. dan hanya untuk mendapat redanya.. Amin ya Allah..
Aku ini tidak sempurna, tak akan sempurna.. Aku masih jahil, sangat jahil..
Tapi aku tidak merasakan perubahan aku ini sesuatu yang salah. Namun bergitu aku setuju, "perubahan ini memerlukan ilmu". Kalau ditanya mengapa dan apa sebab berlakunya perubahan ini, cukup aku katakan yang aku ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya untuk aku menjadi hamba-Nya yang solehah. Mungkin juga kerana dakwah seseorang telah menyentuh hati ini. Siapa tahu..? wallahualam..
Aku masih merangkak, mencari keberkatan hidup. Masih berusaha untuk peroleh sinar penghijrahan ini.
Aku masih merangkak, mencari keberkatan hidup. Masih berusaha untuk peroleh sinar penghijrahan ini.
Hanya satu pinta ku.. jika diri ini dirasakan betul bersalah, tadahkan tanganmu. Mohon agar dia memberikan aku hidayah. Moga Allah selalu memberikan aku pertunjuk, dan selalu memelihara hati yang hina ini. Insyallah, Amin..
Aasif ya jika aku tersalah dalam bertutur
Tulusly,
Hamba-Nya

No comments:
Post a Comment