Sunday, May 26, 2013

PERUBAHAN "Adakah aku pasti ?"

Ada cerita mengenai aku. Ya, perubahan ini mungkin agak mengejutkan yang lain. Ke'risau'an mula terpancar di wajah bersihnya, takut perubahan ini tak istiqomah mungkin ? Ada yang mengadu,
"ada orang kata, awak berubah sebab terpengaruh dengan saya. Tapi, asalkan awak berubah kerana Allah tak apalah."
Biasalah, tingkah laku manusia memang sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat sekeliling. Aku tidak terkejut, perubahan ini terlalu drastik mungkin ? *bak kata dia, aku setuju sambil memujuk hati. Bohonglah kalau aku kata aku tidak terkesan dengan semua ini, kalau ditambah dengan hasutan syaitan.. Makin ragu - ragu iman yang sudah tersedia rapuh ini. Mungkin dia tak akan membaca luahan hati aku di sini tapi aku tetap ingin memberikan jawapan.. Kalau diri ini berubah kerana terpengaruh pun apa salahnya ? itu ertinya dakwahmu itu berkesan wahai sahabat. Kalau si dia masih di sini.. aku pasti akan ada yang mengatakan aku terpengaruh dengan si dia. Terkadang aku sendiri tidak tahu isi hati ini, tapi memang aku berharap perubahan ini hanya.. dan hanya untuk mendapat redanya.. Amin ya Allah..

Aku ini tidak sempurna, tak akan sempurna.. Aku masih jahil, sangat jahil..
Tapi aku tidak merasakan perubahan aku ini sesuatu yang salah. Namun bergitu aku setuju, "perubahan ini memerlukan ilmu". Kalau ditanya mengapa dan apa sebab berlakunya perubahan ini, cukup aku katakan yang aku ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya untuk aku menjadi hamba-Nya yang solehah. Mungkin juga kerana dakwah seseorang telah menyentuh hati ini. Siapa tahu..? wallahualam..
Aku masih merangkak, mencari keberkatan hidup. Masih berusaha untuk peroleh sinar penghijrahan ini.
Hanya satu pinta ku.. jika diri ini dirasakan betul bersalah, tadahkan tanganmu. Mohon agar dia memberikan aku hidayah. Moga Allah selalu memberikan aku pertunjuk, dan selalu memelihara hati yang hina ini. Insyallah, Amin..
Aasif ya jika aku tersalah dalam bertutur

Tulusly,
Hamba-Nya

Tuesday, May 14, 2013

sabarlah duhai hati, tabahlah duhai diri

sambil memandang keluar jendela. mengamati suasana yang semakin sepi.
mengingati dosa lama. mengingati kesalahan diri...
setelah sekian lama. memori yang sudah lama menghilang jauh kini menghantui..
semakin lama, hasutan.. hasutan demi hasutan bersingah di hati..
jiwa meronta, akal mula meragui keikhlasan diri..
"layakkah aku ?", bermain difikiran..
usah bermimpikan yang sempurna jika diri belum tentu yang terbaik kata hati yang terpengaruh..
terasa diri ini terlalu kecil dan kerdil...
Ya Allah, kuatkan imanku, tenguhkan akidahku...
peliharalah aku dari rasa takut ini. Aku tahu, satu saat kau akan memperlihatkan kebenarannya..
Tapi bantulah aku mempersiapkan diri supaya hati ini mampu menerima kebenaran itu.
Jadikanlah aku diantara hamba yang menerima pengampunan dan hidayahmu,
kerana terkadang itu,
mata ini melihat yang melalaikan...
telinga ini mendengar yang diragukan...
lidah ini meluah yang didustakan..
tubuh ini bertindak sebelum berfikir..
suara ini keluar lantang tanpa dikawal..
tangan ini menyentuh yang diharamkan..


Tulusly,
GadisKerdil

Sunday, May 12, 2013

Ceritera baharu

Assalammualaikum..
Sejujurnya, aku plan nak buang atau lupakan je blog ni. kesian blog :(
Ya know what ? menulis sebenarnya bukan bidang aku, jadi aku berfikir sejenak *one second. done!* yang aku cuma perlu berdakwah dengan cara lain. Tetapi, bila aku teliti balik kod holland aku... investigatif, artistik dan sosial, major aku dalam perkara yang melibatkan kajian tapi yang berseni... Patutlah aku tak berapa pandai berpuitis, kajian tiada hubung kait atau ikatan yang sah dengan menulis. *Ayat Alien Kau

Tiba - tiba teringat kembali ayat yang pernah terdetik di hati ini, "bagi aku setiap satu yang Allah ciptakan ada kaitannya yang tersendiri, tak kiralah yang tersurat mahupun yang tersirat". Jadi aku berfikir lagi buat masa yang sedikit lama. Ya, secara umum mungkin tak berkait tapi kalau digali betul - betul mesti related jugak, tak gitu ? *cakap dengan diri sendiri, Ooh sedih ! lagi pun aku boleh gunakan minat mengkaji aku untuk mendalami teknik menulis, then express my freak idea dekat laman sesawangku yang sudah lama bersawang ini. Thats totally makes sense ! cehh. Lepastu, anggap blog ni tempat berlatih untuk mahirkan teknik penulisan, practise makes perfect isn't it ? Hmmm.

Jadi terselamatlah blog ini dari di'ignore'kan olehku. Jujur, aku memang tak mahir dalam bidang penulisan. Khilafnya aku tak gunakan kemahiran aku untuk perbaiki kelemahan dalam bidang tu. Jadi aku cuba untuk menulis kembali, as a beginer. Tapi sebelum buka buku baru, catatan lama yang tak diperlukan aku kena lupuskan dulu. delete punya delete, post 'aurat' pun tak sengaja di delete kan. Oh tidak, malas nak buat balik. Tenung PC buat muka beruang nak terkam mangsa, nasib baik Encik PC tak nampak sedap.
FUH SELAMAT

Moga dapat isi info berguna dan input penting dalam Blog ni, Insyallah.
Ya Allah permudahkanlah usahaku untuk berbakti menegakkan agamamu. Amin
Tulusly,
FatinAmirah