Saturday, August 11, 2012

Cara yang betul untuk menegur

 Assalammualaikum !
Tak jawab dose kalau jawab sayang.. ok mengarut, maafkan saya.
semalam Smk Seri Mulia ade wat Majlis Solat Hajat SMP/PMR, Berbuka Puasa dan Terawih
*baca surat jemputan.
Dengan sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk, saya ulang DIRUJUK.
seronok sangat malam tadi, Alhamdulillah semuanya lancar. Me Happy :) actually, I have nothing much to say about it. Just nak khabarkan saja, tiada kena mengena dengan yang masih hidup dan yang sudah tiada. Maaf, hari ni aku agak bersemangat. Mak Limah yang tengah baca blog pon ni cakap "How Enthusiastic." Maaf lagi sekali sebab buat lawak yang agak.. pelik ? aku sebenarnya nak cerita pasal teguran.
This kind of things memang dah jadi asam garam hidup, right ? lainlah kalau ade yang tengah membaca nih xpernah menegur orang. Aku rasa tak ade, InsyaAllah takde. aku tahu yang tengah baca blog nih baik-2 kalau tak dah lame dorang blah dari blog yang tak berapa best ni. ok Straight to our point, mungkin ada antare korang yang dah memang pandai atau arif dalam cara untuk tegur orang. BUT, there are some of us that have no idea about it, aku pun dulu macam tu. Dan ramai yang aku kenal, agak blur tentang nak bagi advice.
first step, dalam apa pun perkara or tindakan yang kita nak buat kita kena berfikir dahulu, adakah tindakan kita akan mengecilkan hati orang atau memberi kesan buruk pada kita. kalau ya atau kurang pasti, lakukan tindakan itu dengan lembut, gunakan ayat yang sopan dan perkara yang sewaktu dengannya tapi aku cadangkan jangan buat dulu , sebab takut akan mengguris perasaan orang, cuba berbincang dengan someone dahulu dan minta pendapat.

Stop ! jangan pergi tegur orang lagi, ade lagi step untuk menegur. Selain berfikir, kita kena memperbetulkan niat kita. bila terdetik hati nak tegur orang, pause kan diri tu kejap dan tarik nafas. niat kita menegur untuk memperbetulkan kesilapan dan kerana Allah, kalau salah niat takut-2 kita terdorong untuk melampiaskan kemarahan atau rasa tidak puas hati atas tindakan orang tersebut. Berdasarkan info yang aku dapat dari blog aku Islam, kita boleh guna kan 'Teknik XYZ' untuk menegur. teknik ini berasal dari seorang ahli psikologi yang bernama Haim Ginot. Teknik ni menganjurkan kita untuk menggunakan frasa itu untuk menegur, "Apabila awak melakukan perkara X, ia membuatkan saya berasa Y, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z". contoh "Amir, ketika awak membuang sampah merata-rata (X), ini membuatkan saya berasa kurang selesa (Y). Oleh itu, saya lebih selesa jika awak membuang sampah kedalam tong sampah yang disediakan(Z)." WARNING ! elakkan menyentuh hal peribadi orang itu untuk mengelakkannya dari terasa atau terluka. Seterusnya, kita boleh menggunakan teknik dua dalam satu, tak bukan yang dalam iklan kopi tu tapi ketegasan dalam santun. ade satu situasi orang lembut dalam percakapanya ketika menegur tapi tiada ketegasan, ini memudahkan orang untuk pijak-2 kepala dia (adoi) tapi ade satu lagi situasi lain dimana orang terlampau tegas sehingga menggunakan ayat yang kasar, ini dapat meningkatkan kadar peratusan untuk pihak lain 'terasa hati'. Oleh itu, kita perlu tegas pada masa yang sama menggunakan ayat yang buka saja sopan tapi efektif. cehh.. Kesimpulannya, ketegasan dan bersopan perlu bertempat ye anak-anak murid sekalian. Berikutnya, gunakan kewajaran "7puji 1kritik" banyakkan puji then baru kritik, jadi orang taklah terasa sangat. Lastly, tegur secara hikmah. Cara untuk menegur adalah bebeza, bebeza untuk jantina dan umur. Kalau nak tegur, duduk sebelah dia dan bukan di hadapan. Ini menyebabkan orang yang ditegur berasa kurang defensif. Bagi orang yang tinggi egonya, beri teguran secara cabaran. Ada jugak orang yang buat perangai kerana rasa tidak diperlukan, orang macam perlu diberi peluang untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar. Tu jelah kot caranya, maaf sebab tulis terlalu panjang. mesti korang boringkan ? hah ! jangan lupa, mulakan sesuatu dengan Bismillah. InsyaAllah, Allah permudahkan jalan korang. Salam Ramadan.

No comments:

Post a Comment