Assalammualaikumm..
Sebelum siapkan kerja sekolah aku update blog sikitlah.. aku nak kongsi sesuatu pasal masalah. aku bukan nak cite masalah aku, macam xde keje sangat je. aku ada baca something-something kat blog Aku Islam, dia cerita pasal masalah. Korang semua mesti ada masalah kan.. apa..?! takde ? tak baik menipu... orang yang meninggal pon ade yang ade masalah, tak tau ape nak jawab dengan malaikat. ehem..
As you all know, Allah suka uji hambanya yang Dia sayang, sama ada Dia nak uji keimanan kita atau dia nak tingkatkan iman kita atau apa pun alasannya itu rahsia Allah. Yang pasti kita akan peroleh sesuatu yang baik kalau kita dapat selesaikan masalah dengan baik, InsyaAllah.. Aku tahu, kita sebagai seorang manusia ni suka sangat mengeluh, hati-hati nanti tak redha pulak.. cuba berfikir sejenak semasa kita menghadapi masalah, bukankah ada ramai lagi rakan-rakan, ahli keluarga atau saudara seislam kita yang menghadapi ujian yang jauh lebih besar dari kita. Secara tak langsung, cara berfikir ini dapat melatih diri kita yang tak reti-reti nak bersabar ni supaya bersyukur sikit dengan nikmat Allah. tengok, hanya dengan masalah bukan je bersabar, bersyukur malah kita dapat jadi lebih matang dalam menghadapi dan menyelesaikannya dengan bijak. (macam tengah kupas topik dalam program agama je. hehe)
Awak-awak sekalian... setiap perkara yang terjadi dalam setiap detik ade hikmahnya, Allah tak pernah mencipta perkara sia-sia, apa lagi untuk kita. Alhamdulillah.... pemurahnya Dia kan
Kalau ada masalah, ambillah langkah yang terbaik. Kongsi dengan seseorang yang boleh dipercayai dan mintak pandangan dia. Tak salah kalau nak nangis, awak laki ke, awak perempuan ke.. Awak manusia jugak kan ? err.. eh kejap, mane tau ade robot pintar yang bace blog aku ni pulak ke, ta de kan ? hehe. ok wat lawak. Ehem.. Jom kita sama-sama muhasabah diri yang serba kekurangan ni, sebab kadang-kadang masalah ni berpunca dari diri kita sendiri juga. Kalau susah sangat mengadu je dengan Al-Sami (maha pendengar), InsyaAllah Allah akan tolong and korang akan tenang.. aku pernah terbaca kat fb aku islam, dia cakap "Jangan cuma kata dekat Allah yang kita ada masalah, tapi kata jugak dekat masalah yang kita sentiasa ada Allah" ok, aku kasi edit sikit ayat dia. mwehehe. Ada kemungkinan juga kita ni da jauh dengan Dia, yelah kita ni mudah lalai dengan nikmat dunia oleh itu dia beri cubaan untuk kita kembali berpandukan ajaran Rasulnya. Aku amik sikit ayat dari blog aku Islam, "Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!"
Ppyongg..! Sampai sini jelah yaa.. kerja sekolah tengah tunggu nak dating dengan aku dalam bilik. As Always, kalau ade rezeki and panjang umur aku update lagi, InsyaAllah.. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
No comments:
Post a Comment