Saturday, July 21, 2012

Sahabat

Assalammualaikum semua..
Malam ni agak sunyikan, tenang je.. hati ni tiba-tiba pulak rasa pilu.. Ya Allah kenape dengan minah ni eh, lembut tetiba pulak. Hati ni agak sedih, sebab sahabat.. gelaran tu da beri aku bermacam pengalaman. cuma tak boleh ubah satu saja kelemahan aku, lemah.. Ya, aku mungkin mampu bangkit mempertahankan sahabat yang tersungkur. Tapi aku lemah.. tak mampu untuk mnyelamatkan sahabat yang kian tersesat.. jujur, sehingga kini.. aku masih tak dapat maafkan diri aku sendiri atas kelemahan aku.. bila sahabat aku terpesong, menyimpang dan lari dari jalan lurus aku jadi seperti patung bernyawa.. hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa.. Aku mnghindari mereka bila dimarahi kerana menegur... Aku membiarkan mereka melakukan sesuatu yang aku sendiri tak redha. Aku sendiri taknak lari dari semua ni, tapi aku dah kehabisan idea.. tak tahu macam mana lagi nak nasihat mereka. Yang pasti masalah ini akan sentiasa berulang selagi aku tak selesaikannya sendiri.  Aku harap aku mampu, korang tolong doakan ya.. Mudahan pada bulan ramadhan ni Allah permudahkannya untuk aku.. InsyaAllah.. Harap aku dapat tebus kelemahan aku ni dengan jadi seseorang yang berguna untuk kawan baik aku. Walau nanti kami mungkin terpaksa berpisah mengikut haluan masing-masing.. Sekurang-kurangnya aku ada tinggalkan kenangan untuk dia. Hanya Allah yang tahu betapa aku nak selalu bersama dengannya, berdiri sebelahnya dan memulakan langkah kanan bersama mendekati Jannah yang dicita.. tapi mungkin bukan rezeki kami, redha jelah..
oh ya ! aku nak kongsi dengan korang ni.. aku terbaca something kat blog Aku Islam, tajuk die pun hampir sejengkal nak dekat dengan title entry aku ni.. walaupun aku tak tahu ape persamaannya, tapi aku nak share gak ngan korang... kalau rajin klik kat sini ... ragu-ragu ? meh aku hasut... ~bukaklah ~ dapat kongsi ilmu ~ tak rugi pun ~ bukaklah ~...

No comments:

Post a Comment