Assalammualaikum semua.. dear readers..
Jom bercerita sikit pasal surah Al-Kauthsar..alah, surah yang paling pendek dalam Al-Quran tu.. surah ni diturunkan di Makkah dan maksudnya pula sungai di syurga... Kolam sungai ini diperbuat dari batu permata, Subbahanallah... Sungai ini mempunyai rasa yang lebih manis dari madu, warnanya pula lebih putih dari susu dan juga mempunyai bau yang jauh lebih wangi dari kasturi... Surah ini juga merupakan surah penghibur bagi nabi kita, Rasullullah S.W.T. kerana surah ini turun ketika baginda bersedih diatas pemergian dua orang yang dikasihinya, iaitu Ibrahim anak lelakinya serta Abu Talib yang merupakan bapa saudaranya.
Antara kelebihan surah ni..
1) Baca surah ini ketika hujan dan kemudian berdoa, mudah-mudahan Allah makbulkan..2) Jika kehausan, Baca surah ini dan gosokkan di leher, InsyaAllah hilang rasa haus.
3) Jika mata sakit, berair, gatal dan bengkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah Al-Kauthsar sebanyak 10kali
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini sebanyak 10kali, dan InsyaAllah Allah akakn berikan ilham pada kita mana terletaknya sihir itu
5) Rezeki akan betambah dengan membaca surah ini sebanyak 1000kali
6) Baca surah ini untuk menjadikan hati kita lembut dan lebih khusyuk dalam mengerjakan ibadah
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara, baca surah Al-Kauthsar ini sebanyak 71kali, InsyaAllah.. Allah akan membantunya kerana dia tidak bersalah dan dizalimi
aku harap info ni dapat membantu korang semua, InsyaAllah... sampai sini saja, kalau ada rezeki, panjang umur aku update lagi...
Sumber: AkuIslamBlog
Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh...
No comments:
Post a Comment