Tuesday, July 15, 2014

ceritera mereka

Assalammualaikum..
hari ini aku mendengar banyak cerita.. tanpa sedar aku turut bersuara, terkadang itu aku mendengar sahaja. Manusia saling berkongsi satu dunia namun memiliki kisah tersendiri dalam hidup mereka. Yang melihat merasa biasa namun bagi mereka istimewa. hmm, lain yang ingin dibualkan lain pula yang dikarang. Maaf-2.

Belakangan ini, semakin lama semakin banyak berita yang memaparkan kisah saudara seislam yang jauh di mata. Pelbagai rancangan di televisyen tidak kurang hebatnya. Kisah pertumpahan darah saudara di sana menjadi topik utama. Ah..! Titisan air jernih itu mulai memperlihat kewujudannya. Satu nafas berat dilepaskan apabila melihat dia berduka. Kisah yang menyayatkan hati ini menjadi bualan hangat masyarakat. Semoga tak putus doa dikirimkan buat mereka di sana. Terselit rasa syukur kerana masih ramai yang prihatin walaupun tidak berkongsi darah, tanah air mahupun agama. Ya, masih ada lagi nilai kemanusiaan. Aku yakin akan itu.

Bagai alat perakam suara, kata - kata sang pengacara asyik bermain di telinga, "Meraka tidak berharap rakyat kita ke sana namun mereka mahu kita berjihad di bumi Malaysia". Jelaslah masih banyak yang dapat kita hulurkan walaupun tak mampu menjejakkan kaki di tanah mereka. Mungkin ramai sudah maklum, tapi aku masih mahu mengingatkan. Doa itu senjata umat Islam. Duit juga turut memainkan peranan, namun bantuan sebegitu bukanlah pilihan bagi pelajar bagi aku. Mungkin ya pada suatu hari nanti, harapnya ketika itu tiada lagi permasalahan seperti ini. Semoga Allah mempermudahkkan semuanya.

Melihat mereka masih berani berjuang menaikkan semangat yang terkubur. "Apa yang merunsingkan dirimu ? Masih ramai yang jauh lebih susah namun mengapa kamu yang lemah ?" Kata hati yang sinis itu tidak mengguris perasaan namun menyedarkan dari lamunan. Betul kata dia, "Pain is temporary, but Quitting last forever" aku pasti perjuangan ini akan mebuahkan hasilnya juga. Walaupun bukan di sini, tapi akhiratkan masih ada ? Allah takkan mengecewakan hambanya.

Apa ? Tiada yang akan dapat menghentikan 'kalian' ? Ya, Betul.. Aku akui kamu telah menghancurkan dunia mereka. Tapi mereka telah menghancurkan akhirat kamu. Jangan angkuh jika berjaya walaupun tiada iman di hati. Ingatlah Allah sedang meninggikan tempat kamu untuk jatuh.

Situasi mereka sedikit sebanyak membantu aku. Mereka sendiri tak pernah mengalah jadi mengapa tidak aku ? sedangkan hidup aku dikurniakan nikmat yang lebih berbanding mereka. Suara mereka yang lantang menegakkan kebenaran dan tiada bunyi yang menunjukkan tanda ingin berudur menjadikan aku semakin hormat akan keperibadian mereka. Semoga semangat mereka turut membakar semangat masyakat yang diluar sana. Bersama melangkah biarpun berjuang mengikut gaya kita sendiri asalkan tidak putus memohon petunjuk-Nya.

Salam Ramadan, moga ramadan kali ini membawa perubahan yang membawa erti yang besar dalam hidup kita. Mari rebut peluang ini untuk sama-2 memperbaiki diri, sama-2 mengejar rahmat ilahi.

Ikhlas dari,
manusia yang tidak sempurna

Friday, March 28, 2014

AkuIslam.com


keperitan yang membahagiakan

Assalammualaikum... Bismillahirahmanirahim...
hari ini aku bahagia,.. kebahagian sementara ini membuat aku melupakan kerisauan yang sudah lama bertapak dihati. Namun kebahagian kali ini tanpaku sedari agak menyakitkan. Aku agak kecewa apabila terbangun dari mimpi yang indah. mengingatkan sesuatu permulaan pasti ada akhirnya menyebabkan benteng mata ini hampir - hampir tidak mampu bertahan, hampir - hampir melimpahkan titisan air jernih...

Hilai tawa ukhti - ukhtiku menyamankan hati.. senyuman kerap kaliku ukir. Terpesona dengan pengalaman seperti ini, aku bagaikan hampir hilang kepenatan..Aku sedar apa yang pernahku alami tidaklah seberapa, jangan risau.. Aku sedar akan itu. Penampilan 'baharu' aku juga membuat aku berasa selesa, terasa selamat dari dunia luar..

Aku tidak dapat berhenti mengira masa, waktu dan saat... takut angan - angan kembali kepada realiti. "hari ini sahaja.. seharian ini biarkan kebahagiaan itu menemaniku. Biar kenangan dan memori hari ini menjadi antara sumber kekuatan untuk aku meneruskan perjuanganku." rayu hati ini.

Terkenang kisah lampau antara aku dan sahabat yang sering kali bersama. Gembiranya aku waktu itu sama seperti sekarang. Walaupun dahulu banyak adegan air mata yang becucuran mahupun perdebatan bukti pertelingkahan. Semua itu saling mengeratkan kami.. menguatkan jalinan ukhwah jauh di dasar lubuk hati. itu suatu ketika dahulu. Apa yang terjadi hari ini, lebih menguatkan aku.

Kejadian yang membahagiakan hari ini juga menyedarkan aku.. Waimapun aku tidak mampu memiliki yang sempurna, tak salah mengharapkan yang terbaik. Melihat mereka tersenyum sudah cukup bagi aku. oleh itu, aku inginkan lebih lagi.. senyuman itu, aku ingin melihatnya lagi. Seperti yang pernah aku katakan dahulu, aku ingin meninggalkan mereka kenangan manis lagi indah disekolah itu sebagai pengganti ayat "Akak sayang kamu semua"......

Kenangan yang membahagiakan hari ini memberi inspirasi penulisanku kali ini.. Walaupun ada yang agak mengarut, hanya aku dan Dia yang tahu maksud tersiratnya. ^^.

#prayfor MH370
Yang Terbahagia,
HambaYangHina

Monday, March 24, 2014

Tahun SPM

Assalammualaikum..
tahun ni SPM.. Allah Allah Allah... Masih merangkak sambil melihat yang lain memecut. Makin aku merendah diri. Masyaallah, hanya Dia yang tahu gementarnya hati. Tapi masih lagi dengan aktiviti kawad. Mungkin ada sedikit ketidakrelaan tapi masih cuba mengikhlaskan. Ingat nak fokus belajar.. sebab banyak yang dah tertinggal atas sebab yang tak dapat dielakkan. Moga semua perkara yang dibuat ikhlas semata-mata kerana Dia. Amin, Insyaallah.

Memandangkan ini tahun terakhir, nak cuba sedaya upaya untuk hadiahkan kenangan manis untuk adik-adik junior tersayang. Namun tak pula aku menjanjikan kemenangan. *sedar diri*. cukup dengan cubaan untuk mengukuhkan ukhwah antara kami. yeke yeke ?! Rindu betul dengan kakak-2 form 5 tahun lepas yang tak henti-henti membantu KP yang tak jadi bersara ni. Allahuakbar. Semoga Allah permudahkan urusan =')

"Tahun ni banyak betul cubaan" kata member sebelah... Terselit rasa syukur kepada ilahi. Aku yakin, ini cara Allah menyatakan rasa sayangnya terhadap aku dan yang lain, sama macam masa PMR dahulu. Terasa berbunga dihati.. Haachum..! lupa, aku alergik kat debunga. Tetiba cengkerik buat background music. Ingat lawak lah tu. Semoga dengan cubaan yang Allah turunkan dapat membantu aku dan rakan seperjuangan. Insyaallah. Amin ;)

Masih banyak yang perlu diperbaiki dan masih banyak yang harus diperkukuhkan. Ingat lagi satu petikan dari artikel mana entah. Things will usually get worse before it can get better, so prepare youself. Tak lupa juga kata ustazah dulu, sebelum dia pindah... Pemadam kalau dibaling ia akan melantun balik.. kalau nak lantunannya tinggi, kena baling kuat-kuat..... macam tu lah kehidupan nak peroleh kejayaan kena ada kegagalan untuk naikkan semangat. Bila temui suatu halangan dalam usaha mencapai sesuatu, sekurang-kurangnya kita manusia reti sikit nak bersyukur dan hasil usaha kita pun ada kualiti.

Rasanya sampai sini je kot celoter gadis kerdil ini. Esok, ada kelas tambahan jadi kena cukup rehat. Harap apa yang dipelajari kekal dalam ingatan hingga ke akhir hayat, Amin ya Rab. Aasif jika terkasar dalam pertuturan mahupun perbuatan.

Tulusly,
FatinAmirah