tahun ni SPM.. Allah Allah Allah... Masih merangkak sambil melihat yang lain memecut. Makin aku merendah diri. Masyaallah, hanya Dia yang tahu gementarnya hati. Tapi masih lagi dengan aktiviti kawad. Mungkin ada sedikit ketidakrelaan tapi masih cuba mengikhlaskan. Ingat nak fokus belajar.. sebab banyak yang dah tertinggal atas sebab yang tak dapat dielakkan. Moga semua perkara yang dibuat ikhlas semata-mata kerana Dia. Amin, Insyaallah.
"Tahun ni banyak betul cubaan" kata member sebelah... Terselit rasa syukur kepada ilahi. Aku yakin, ini cara Allah menyatakan rasa sayangnya terhadap aku dan yang lain, sama macam masa PMR dahulu. Terasa berbunga dihati.. Haachum..! lupa, aku alergik kat debunga. Tetiba cengkerik buat background music. Ingat lawak lah tu. Semoga dengan cubaan yang Allah turunkan dapat membantu aku dan rakan seperjuangan. Insyaallah. Amin ;)
Masih banyak yang perlu diperbaiki dan masih banyak yang harus diperkukuhkan. Ingat lagi satu petikan dari artikel mana entah. Things will usually get worse before it can get better, so prepare youself. Tak lupa juga kata ustazah dulu, sebelum dia pindah... Pemadam kalau dibaling ia akan melantun balik.. kalau nak lantunannya tinggi, kena baling kuat-kuat..... macam tu lah kehidupan nak peroleh kejayaan kena ada kegagalan untuk naikkan semangat. Bila temui suatu halangan dalam usaha mencapai sesuatu, sekurang-kurangnya kita manusia reti sikit nak bersyukur dan hasil usaha kita pun ada kualiti.
Rasanya sampai sini je kot celoter gadis kerdil ini. Esok, ada kelas tambahan jadi kena cukup rehat. Harap apa yang dipelajari kekal dalam ingatan hingga ke akhir hayat, Amin ya Rab. Aasif jika terkasar dalam pertuturan mahupun perbuatan.
Tulusly,
FatinAmirah
No comments:
Post a Comment