hari ini aku bahagia,.. kebahagian sementara ini membuat aku melupakan kerisauan yang sudah lama bertapak dihati. Namun kebahagian kali ini tanpaku sedari agak menyakitkan. Aku agak kecewa apabila terbangun dari mimpi yang indah. mengingatkan sesuatu permulaan pasti ada akhirnya menyebabkan benteng mata ini hampir - hampir tidak mampu bertahan, hampir - hampir melimpahkan titisan air jernih...
Hilai tawa ukhti - ukhtiku menyamankan hati.. senyuman kerap kaliku ukir. Terpesona dengan pengalaman seperti ini, aku bagaikan hampir hilang kepenatan..Aku sedar apa yang pernahku alami tidaklah seberapa, jangan risau.. Aku sedar akan itu. Penampilan 'baharu' aku juga membuat aku berasa selesa, terasa selamat dari dunia luar..
Aku tidak dapat berhenti mengira masa, waktu dan saat... takut angan - angan kembali kepada realiti. "hari ini sahaja.. seharian ini biarkan kebahagiaan itu menemaniku. Biar kenangan dan memori hari ini menjadi antara sumber kekuatan untuk aku meneruskan perjuanganku." rayu hati ini.
Terkenang kisah lampau antara aku dan sahabat yang sering kali bersama. Gembiranya aku waktu itu sama seperti sekarang. Walaupun dahulu banyak adegan air mata yang becucuran mahupun perdebatan bukti pertelingkahan. Semua itu saling mengeratkan kami.. menguatkan jalinan ukhwah jauh di dasar lubuk hati. itu suatu ketika dahulu. Apa yang terjadi hari ini, lebih menguatkan aku.
Kejadian yang membahagiakan hari ini juga menyedarkan aku.. Waimapun aku tidak mampu memiliki yang sempurna, tak salah mengharapkan yang terbaik. Melihat mereka tersenyum sudah cukup bagi aku. oleh itu, aku inginkan lebih lagi.. senyuman itu, aku ingin melihatnya lagi. Seperti yang pernah aku katakan dahulu, aku ingin meninggalkan mereka kenangan manis lagi indah disekolah itu sebagai pengganti ayat "Akak sayang kamu semua"......
Kenangan yang membahagiakan hari ini memberi inspirasi penulisanku kali ini.. Walaupun ada yang agak mengarut, hanya aku dan Dia yang tahu maksud tersiratnya. ^^.
#prayfor MH370
Yang Terbahagia,
HambaYangHina
No comments:
Post a Comment