Monday, July 23, 2012

..Masalah..

Assalammualaikumm..
Sebelum siapkan kerja sekolah aku update blog sikitlah.. aku nak kongsi sesuatu pasal masalah. aku bukan nak cite masalah aku, macam xde keje sangat je. aku ada baca something-something kat blog Aku Islam, dia cerita pasal masalah. Korang semua mesti ada masalah kan.. apa..?! takde ? tak baik menipu... orang yang meninggal pon ade yang ade masalah, tak tau ape nak jawab dengan malaikat. ehem..
As you all know, Allah suka uji hambanya yang Dia sayang, sama ada Dia nak uji keimanan kita atau dia nak tingkatkan iman kita atau apa pun alasannya itu rahsia Allah. Yang pasti kita akan peroleh sesuatu yang baik kalau kita dapat selesaikan masalah dengan baik, InsyaAllah.. Aku tahu, kita sebagai seorang manusia ni suka sangat mengeluh, hati-hati nanti tak redha pulak.. cuba berfikir sejenak semasa kita menghadapi masalah, bukankah ada ramai lagi rakan-rakan, ahli keluarga atau saudara seislam kita yang menghadapi ujian yang jauh lebih besar dari kita. Secara tak langsung, cara berfikir ini dapat melatih diri kita yang tak reti-reti nak bersabar ni supaya bersyukur sikit dengan nikmat Allah. tengok, hanya dengan masalah bukan je bersabar, bersyukur malah kita dapat jadi lebih matang dalam menghadapi dan menyelesaikannya dengan bijak. (macam tengah kupas topik dalam program agama je. hehe)
Awak-awak sekalian... setiap perkara yang terjadi dalam setiap detik ade hikmahnya, Allah tak pernah mencipta perkara sia-sia, apa lagi untuk kita. Alhamdulillah.... pemurahnya Dia kan
Kalau ada masalah, ambillah langkah yang terbaik. Kongsi dengan seseorang yang boleh dipercayai dan mintak pandangan dia. Tak salah kalau nak nangis, awak laki ke, awak perempuan ke.. Awak manusia jugak kan ? err.. eh kejap, mane tau ade robot pintar yang bace blog aku ni pulak ke, ta de kan ? hehe. ok wat lawak. Ehem.. Jom kita sama-sama muhasabah diri yang serba kekurangan ni, sebab kadang-kadang masalah ni berpunca dari diri kita sendiri juga. Kalau susah sangat mengadu je dengan Al-Sami (maha pendengar), InsyaAllah Allah akan tolong and korang akan tenang.. aku pernah terbaca kat fb aku islam, dia cakap "Jangan cuma kata dekat Allah yang kita ada masalah, tapi kata jugak dekat masalah yang kita sentiasa ada Allah" ok, aku kasi edit sikit ayat dia. mwehehe. Ada kemungkinan juga kita ni da jauh dengan Dia, yelah kita ni mudah lalai dengan nikmat dunia oleh itu dia beri cubaan untuk kita kembali berpandukan ajaran Rasulnya. Aku amik sikit ayat dari blog aku Islam,  "Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!"
Ppyongg..! Sampai sini jelah yaa.. kerja sekolah tengah tunggu nak dating dengan aku dalam bilik. As Always, kalau ade rezeki and panjang umur aku update lagi, InsyaAllah.. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bersin... Haaaa..chummm..!

Assalammualaikum korang..
Aku tak berapa rajin n ade mood nak cakap banyak-banyak. Just nak share pasal bersin, baru lepas bace tadi tu yang ingat na share ng korang. Tahu tak ? Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam.. haa, hebatkan. AMARAN..! jangan bersin dengan kuat, kerana itu akan memecahkan bahagian tulang rusuk korang. Ape susah ! bersin je macam gadis melayu terakhir gitu. kalau laki bersin dengan sopan, pompuan cair tau ? ok aku tipu je. HA...! lagi satu, JANGAN cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar sebab nanti ia akan membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan juga berkemungkinan membawa kepada kematian. Untuk pengetahuan korang, semasa bersin organ-organ seperti organ seperti organ penghadaman, 'pelaburan' dan penafasan seperti jantung juga akan terhenti. Kita patut bersyukur kepada Allah kerana kuasa dan perlindungan dialah kita selamat selepas bersin. Allah juga melindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kita seharusnya berterima kasih kepada-Nya dan memuji-Nya kerana memelihara kite dengan baik. Kepada yang baru dapat tahu pasal info nih... ape lagi, kongsilah.. tak rugi kan, korang juga yang dapat pahala bulan puasa macam ni. oklah sampai sini saja, aku pun tak rehat lagi ni dari balik skola tadi, sekarang pun dah dekat waktu berbuka. InsyaAllah ade rezeki nanti aku update lagi. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Saturday, July 21, 2012

kelebihan surah Al-Kauthsar

Assalammualaikum semua.. dear readers..
Jom bercerita sikit pasal surah Al-Kauthsar..
alah, surah yang paling pendek dalam Al-Quran tu.. surah ni diturunkan di Makkah dan maksudnya pula sungai di syurga... Kolam sungai ini diperbuat dari batu permata, Subbahanallah... Sungai ini mempunyai rasa yang lebih manis dari madu, warnanya pula lebih putih dari susu dan juga mempunyai bau yang jauh lebih wangi dari kasturi... Surah ini juga merupakan surah penghibur bagi nabi kita, Rasullullah S.W.T. kerana surah ini turun ketika baginda bersedih diatas pemergian dua orang yang dikasihinya, iaitu Ibrahim anak lelakinya serta Abu Talib yang merupakan bapa saudaranya.
Antara kelebihan surah ni..
1) Baca surah ini ketika hujan dan kemudian berdoa, mudah-mudahan Allah makbulkan..
2) Jika kehausan, Baca surah ini dan gosokkan di leher, InsyaAllah hilang rasa haus.
3) Jika mata sakit, berair, gatal dan bengkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah Al-Kauthsar sebanyak 10kali
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini sebanyak 10kali, dan InsyaAllah Allah akakn berikan ilham pada kita mana terletaknya sihir itu
5) Rezeki akan betambah dengan membaca surah ini sebanyak 1000kali
6) Baca surah ini untuk menjadikan hati kita lembut dan lebih khusyuk dalam mengerjakan ibadah
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara, baca surah Al-Kauthsar ini sebanyak 71kali, InsyaAllah.. Allah akan membantunya kerana dia tidak bersalah dan dizalimi

aku harap info ni dapat membantu korang semua, InsyaAllah... sampai sini saja, kalau ada rezeki, panjang umur aku update lagi...
Sumber: AkuIslamBlog
Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh...

Sahabat

Assalammualaikum semua..
Malam ni agak sunyikan, tenang je.. hati ni tiba-tiba pulak rasa pilu.. Ya Allah kenape dengan minah ni eh, lembut tetiba pulak. Hati ni agak sedih, sebab sahabat.. gelaran tu da beri aku bermacam pengalaman. cuma tak boleh ubah satu saja kelemahan aku, lemah.. Ya, aku mungkin mampu bangkit mempertahankan sahabat yang tersungkur. Tapi aku lemah.. tak mampu untuk mnyelamatkan sahabat yang kian tersesat.. jujur, sehingga kini.. aku masih tak dapat maafkan diri aku sendiri atas kelemahan aku.. bila sahabat aku terpesong, menyimpang dan lari dari jalan lurus aku jadi seperti patung bernyawa.. hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa.. Aku mnghindari mereka bila dimarahi kerana menegur... Aku membiarkan mereka melakukan sesuatu yang aku sendiri tak redha. Aku sendiri taknak lari dari semua ni, tapi aku dah kehabisan idea.. tak tahu macam mana lagi nak nasihat mereka. Yang pasti masalah ini akan sentiasa berulang selagi aku tak selesaikannya sendiri.  Aku harap aku mampu, korang tolong doakan ya.. Mudahan pada bulan ramadhan ni Allah permudahkannya untuk aku.. InsyaAllah.. Harap aku dapat tebus kelemahan aku ni dengan jadi seseorang yang berguna untuk kawan baik aku. Walau nanti kami mungkin terpaksa berpisah mengikut haluan masing-masing.. Sekurang-kurangnya aku ada tinggalkan kenangan untuk dia. Hanya Allah yang tahu betapa aku nak selalu bersama dengannya, berdiri sebelahnya dan memulakan langkah kanan bersama mendekati Jannah yang dicita.. tapi mungkin bukan rezeki kami, redha jelah..
oh ya ! aku nak kongsi dengan korang ni.. aku terbaca something kat blog Aku Islam, tajuk die pun hampir sejengkal nak dekat dengan title entry aku ni.. walaupun aku tak tahu ape persamaannya, tapi aku nak share gak ngan korang... kalau rajin klik kat sini ... ragu-ragu ? meh aku hasut... ~bukaklah ~ dapat kongsi ilmu ~ tak rugi pun ~ bukaklah ~...